Sunday, June 22, 2014

Medan ini..

Assalamualaikum w.b.t..
saat ni,saya baru sahaja habis menduduki exam sem 2 tahun 1 sbg pelajar akademi pengajian islam universiti malaya(apium) dalam bidang usuluddin(aqsa)..homesick memang len macam sikit sem ni.tapi tak boleh dilayan sangat perasaan macamni,hati mesti mau kuat maa..heee
rase bersyukur sangat allah hantarkan saya belajar di sini,di UM..dulunya,saya merasakan diri ini sangatlah x layak untuk berada di sini bersama dengan orang yang straight A,speaking memanjang..cuak lah jugak awal2 hari tu..
memang jauh berbeza dengan asasi..sebab kt degree,suasana dah berubah..
360 darjah dari dulu.awalnya agak terkejut dengan fenomena ni..
macam2 fenomena..
dengan pemakaian yang ada yang agak keterlaluan..dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan..
bila melihat keadaan macamni..
terbuka hati rupanya inilah peranan saya sebagai daie..inilah medan yang Allah nak saya applykan segala ilmu agama yang telah saya pelajari dari dulu..
Inilah medannya!!
awal2 memang tak menyedari..saya banyak jugak rasa macam tertanya-tanya kenapa allah hantarkan saya tempat yang x pernah saya pernah menghadapinya..down tu memang banyak kali..takut diri ni berubah ke arah yg x elok disebabkan persekitaran macamni..nauudzubillah..




tapi alhamdulillah,di masa yang sama allah menghantarkan saya seorang kakak yang sangat memahami keadaan saya ni..
ini kata2nya setelah saya meluahkan perasaan kepadanya:


"Su..insyaaAllah hati yg hidup xkan dijangkiti oleh persekitarannya..bila hati dah dipenuhi Khaliq,xde ruang dah utk makhluq mencelah masuk..memang iman kita yazid wa yanqus.shbt nabi-handzalah n Abu bakar r.hma juga prnh mengadu kebimbangan mereka andai trgelincir ke dlm nifaq..
InsyaaAllah banyakkn doa agar Allah tetapkan hati.asy-syahid hassan al-banna juga risau dikelilingi msyrkt yg sakit..smpai trganggu waktu tidurnya memikirkn prkra tu.tp dia x fikir keimanannya shj yg akan trjejas.bahkan merenung cmne nk tarik kmbali msyrkt ke arah Islam yg sbnr.itu sikap pendakwah sejati..
Tentu kita rindu n lebih selesa pd biah solehah yg kita nikmati dulu.anggaplah ia sbg medan asas tarbiah kita..xkan selamanya kita di situ.klu x,bila pula kita nk sahut seruan dakwah?Islam prinsipnya inqilabiyah.ia tertegak di atas runtuhnya kejahilan. Zon selesa selalunya lebih membunuh keprihatinan n sensitiviti kita trhdp isu umat(msyrkt sekeliling) kita.hakikatnya jihad kita bkn semata2 utk palestin,Syria atau mesir,bahkan komuniti trdekat kita".



Kata-katanya sering membuat hati saya kagum..bukan kagum dengannya..tapi kagum dengan auranya..aura hasil hubungannya yang rapat dengan Pencipta..bait-bait katanya,perbuatannya..allahuakbar
itulah beza bila alquran di hati..ya,dia hafizah..



Begitulah ceritanya..di mana-mana pun kita berada,ingatlah..setiap yang terjadi ada hikmahnya..fikirlah secara positif..
nescaya banyak kebaikan yang kita rasa sampai macam nak menangis sebab banyak sangat tapi tak pernah menghargainya..
sekadar itu sahaja..apa yng baik,datang dr Allah..ap yg buruk hasil kelemahan saya,insan biasa..
wassalamualaikum w.b.t..

1 comment:

  1. Hanya sekeping doa buat kita sama - sama menuju ke destinasi yang kita cari...

    ReplyDelete