Friday, September 28, 2012

MUHASABAH SEORANG WANITA SOLEHAH,



Jadilah seorang Wanita Solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah..

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah.
...

Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah..

Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho Allah..

Yang sholatnya adalah bekal dirinya..
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, tidak pernah gentar untuk melawan nafsu yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah..

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang menjaga tutur katanya yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,

Yang senatiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat.

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.

Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak2nya untuk mendalami Islam..

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum Imamnya..
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan qona'ah..

Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia yang menjaga matanya dari berbelanja..
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya..

Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran..
Suaranya lesu kerana penat berzikir..
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,

Bangunnya Subuh penuh kesigapan..
Kerana dia sadar betapa indahnya menjadi Wanita Solihah melebihi perhiasan apapun didunia..

Semakin sedar bertambah usianya bertambah kematangannya.

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah..

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat..

Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga..

Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqo'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang Wanita Solehah..
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan Syurga Allah...
Semoga senantiasa dirahmati_Nya.
Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥


SI GADIS..


PEREMPUAN
Apabila lelaki memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya.
Apapila lelaki mendekati selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah
Apabila lelaki memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya
Apabila lelaki memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan langkah.




...
MUSLIMAH
Apabila lelaki memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan.
Apabila lelaki mendekati selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.
Apabila lelaki memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.
Apabila lelaki menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji_Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati,
Yang diselaputi iman yang hakiki,
Yang tidak mudah dicemari…


MAHABBAH


Jika diriku mencintaimu kerana ketampananmu,
Jangan salahkan aku kalau aku beralih,
pada yang lebih tampan darimu.

Jika diriku mencintaimu kerana hartamu,
Jangan salahkan aku kalau aku meniggalkanmu,
bila hartamu mulai sirna pada pandanganku.

...
Jika aku mencintaimu kerana kedudukanmu,
Jangan salahkan aku kalau aku memilih,
yang lebih tinggi kedudukannya darimu.







Wahai akhi pujaan qalbu,
Kiranya diriku mencintaimu kerana Agamamu,
Janganlah risau serta ragu,
InsyaAllah aku tetap akan menantimu,
Kiranya ini yang terbaik pada pandangan Rabbku.

Memang ada yang lebih tampan darimu,
Memang ada yang lebih berharta darimu,
Memang ada yang lebih berkedudukan darimu,
Namun yakinlah semuanya pasti sirna ditelan waktu.

Bagiku engkau adalah ANUGRAH dari Penciptaku,
Kerana Dialah yang mencondongkan hati ini untuk menerimamu,
Dialah yang Maha Tahu serta menentukan segala sesuatu,
Setelah istikharah namun tetap engkau yang dipertemukan denganku.




Sabarlah menantikan waktu itu,
Kerana aku pun menanti sepertimu,
Walaupun banyak ujian menguji hatimu,
Namun yakinlah itu adalah untuk memantapkan hatimu,
Semua yang TERBAIK akan datang TEPAT WAKTU,
Sesuai KETENTUAN yang Maha Tahu,
InsyaAllah pasti akan dimudahkanNYA.

Ya Rabb...Pemilik CINTA sejati,
Jika cintaku Kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya, Teguhkan imannya,
Tegarkan dan temanilah dia dalam penantiannya,

Jika hatiku Kau ciptakn untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasih-MU
Terangi langkahnya dengan cahaya-MU,
Kutitipkn cintaku pada-MU untuknya,
Resapkan rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukanlah hidupku & hidupnya Dalam Cinta-Mu..♥
Aamiin ya Rabb...


Tuesday, September 25, 2012

kawan2 kelasku..




assalamualaikum semua...
kaifa haalukum jamiaan??
lame sungguh dah xupdate blog ni...biasalah,kalau dah bergelar mahasiswi ni..sibuk ngan assigmentla,hal2 negarala...sampai xsempat nak update blog hodoh ni(xdela hdoh sgt,kn3)..
well..kat atas ni gmbr kwn2 saya..sumenya cumel2..truutame saye..toi2!!
hehe ni gambar semester 3 kt apium np kelate ni..
jomla kenal kawan2 sy..klau ade yg bkenan ,,missed call sy..jgn bkenan kt sy pulak sy ya,...apepun,sy gembira dgn diorg...ngek3,,tata

TIPS KESIHATAN SUNNAH NABI

Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

1)Selalu bangun sebelum subuh


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2)Aktif menjaga kebersihan


Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3)Tidak pernah makan berlebihan


Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4)Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5)Tidak pemarah


Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.


6)Optimis dan tidak putus asa


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7)Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8)Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.


Oleh Ustaz Zawawi Yusoh