Wednesday, May 13, 2015

Ujian ..Pasti ada hikmahnya..

Assalamualaikum wbt..

Pelbagai ujian yang dihadapi kita seharian.
Ada yang ujian yang kecil pada mata kita namun sangat besar baginya..ALLAH bagi sesuai dengan kemampuan dan kekuatan seseorang itu.Kalau tak percaya,cuba bayangkan kenapa kita tak ditimpa ujian seperti kawan kita contohnya,bukan setakat merasai,melihat dengan mata pun sudah berasa berat..Dan pastinya ALLAH lebih mengetahui apa yang kita mampu dan tidak.

Jangan sesekali mengeluh.
Itulah pesanan orang yang berhampiran kita.
Sakitnya tuh di sini..
haha..
Memang kita ingin mengelak dari mengeluh tapi rasa macam tidak mampu terutama bila keadaan bukan dalam kawalan,maka istighfarlah kalimah sepatutnya bagi kita..

Sahabatku,
Jangan berputus asa,
Ujian itu hanya sementara untuk mengujimu,
Lawannya dan buktikan yang kamu mampu mengatasinya,
Bahkan kamu bukan saja dapat mengatasinya,malah darjatmu juga melambung naik di sisi Allah.

Ya,benar ..
Aku juga pernah tertanya..
''Mengapa aku yang harus hadapi kepahitan ubat ini,kesakitan ini,mengapa harus aku,mengapa tidak orang lain??"

Jangan layan perasaan seperti ini,cepat2 betulkan perception ini..
Tegakkan pendirian mengatakan :
''Sebab ALLAH sayang aku,ALLAH nak kita ingatNYA sentiasa.Mungkin kalau kita x ditimpa ujian,kita akan menjadi manusia yang sangat jahat dan melukakan hati orang sekitar kita.


Macam apa yang terjadi pada diriku,
BANYAK hikmahnya.
Antaranya,hubungan kekeluargaan dengan kaum kerabat jauh bertambah erat,Ibu bapaku mengenali sahabat2ku dan menyayangi mereka,pensyarah2ku juga mengenaliku,
rasa macam semua orang sayang ..hehe


Tabahkan hati,
DOA JANGAN DILUPAI,
Selalu bersangka baik..



sekian..~3am..Zzzz

Bismillahirahmanirahim..

Lama sungguh tak menjengah blog yang kusangat sayang ni..hikhik..hampir lupa ada blog..
Biasalah tugas seorang mahasiswi universiti..assigment,test,presentation,program indoor outdoor..
Kalau sibuk jadi macam takde mood nak menulis..ni sekarang walaupun masih ada assigment belum submit tapi mood malam ni mood menulis..so dengan sendiri jari2 menari atas keyboard warrior ni..haha..
Nak luahkan perasaan lah kat entri kali ini..
Jangan gelak ye,saya cuba nak jadi seorang yang sangat berpuitis..

.......


Sungguh wanita solehah itu tiada nilai yang dapat dibandingkan,
Bahkan disifatkan lebih indah dari Bidadari Syurga,
Siapalah aku untuk digelarkan dengan gelaran Wanita Solehah,
Penuh dengan keaiban dan kecelaan,
Namun tidak salah untukku mencuba melalui laluan itu perlahan-lahan,
Akhir-akhir ini diriku teruji lagi,
Sangat memedihkan kalbuku,
Beberapa kali menitis air mata,
Perit! Pedih! sangat2..
Fikiranku bercelaru memikirkan suatu perkara yang baru bagiku,
Aku tak mampu menerima hakikat seperti itu,
Sehingga sekarang hatiku masih menolak,
Aku benci..
SUMPAH! AKU BENCI..
Bila diingat balik,
Hatiku akan menangis tanpa henti,
Bukan aku menangis kerana aku melayani emosi,
Tapi semua itu kerna kutakut azab dariNYA,
Aku merasakan sangat teraniaya diperlakukan seperti itu,
Aku malu! Aku malu! Aku malu!
Beberapa kali aku mengelakkan hatiku terkena bahana maksiat seperti itu,
Kerana perkara itu berlaku di luar kotak pemikiranku,
Sungguh tiada maaf bagimu,
Tapi aku lembutkan hatiku untuk cuba melupakan hal itu dan memaafkan,
Aku cuba meluahkan kepada sahabat rapatku,
Alhamdulillah sedikit mengurangkan beban yang kutanggung,

Kadang aku terfikir,
Apakah aku yang terlalu kuno,
Sehingga menganggap perkara seperti ini suatu maksiat yang wajib untuk aku elakkan,
Namun melihat orang lain melakukannya tanpa segan silu,
Tidak sesekali aku mengatakan iman aku lebih tinggi daripada mereka,
Namun beginilah aku,
Ini aku,
Wanita yang berasal dari sebuah desa,
Dibesarkan di dalam keluarga yang mengambil berat tentang agama,
Ayahanda dan Bondaku mendidikku dengan agama,
Bersekolah di sekolah agama,
Banyak perkara yang mengejutkanku ketika berada di ibu kota ini,
Namun,tidak sampai pada tahap culture shock,
Sesekali aku sedih melihat apa yang mereka perlakukan,
Sangat berisiko dengan kewujudan maksiat yang pasti terang lagi nyata,
Ya Allah,
Aku sangat takut,
Kuatkanlah hatiku berdepan dunia yang banyak sangat mainan maksiat ini,
Dosa sudah dianggap pilihan,
Mengapa memilih yang berisiko dosa sekiranya dapat dielakkan,
Fikirkanlah..Renungilah


~Al faqirah..