Friday, December 20, 2013

ragam-ragam...

assalamualaikum..apa khabar semua? hehe..pertamanye saya nk mtkmf kat sume yg singgah di blog saya tapi tgk entri sama je..xsempat tu alasan kot..sempat je tp agak xde idea nak sampaikan kat sini.
mula2 ,perasan x ni lagu blog baru..maafla sy ingat nak masuk lagu owang puteh,tp sy sendiri jarang dgr lagu owang puteh..klo dengar pun,saya suka dengar yg artis2 nasyid mcm sami yusuf,maher zain..saya takut dgr lagu yg saya x faham sgt..selain lagu nasyid melayu,bahasa inggeris..saya suka n sangat2 suka dengar lagu arab kanak2..mmg best sgt..lgpun,saya suka budak kkecik..gerammmmm sgtt tgk dorg..jeles pon ade...twingin nk jd kecik blk..hehe..


tp nmpk je mcm mature,sbnrnya diriku sgtla childish..hehe..orang2 yg knl saya je tau tntg ni..huhu

naauud...sbnrnya sekarang dah nak study week..alhamdulillah siap sume dah asaiment..20/12/13..
hari akhir study for sem 1 tahun 1 dkt um...cept btul mase blalu...

dlm dewan kuliah mase subjek titas..


takutnya nak exam..kawan2 ade yg blk umah..tgugt kot..tp kene kuatkan iman,sbb klo den blk rumah,mmg dah blh senarai ap yg den buat semua yg tak mlibtkn buku..huhu..xpe2.kena fight,t!!
doakan saya n kwn2 lancar jwb exam...

nak sharing ape ye utk entri ni..huhu

hmm..sharing jelah pape ye..
bismillahi rahmanirahim..

kadang-kadang,dalam hidup kita,mcm2 ragam manusia kite harus berhadapan,kadang ragam kite sendiri jgk xsempat nak terlayan..hehe,byk sgt..ada yang mudah touching,ade yg pns baran,ade yg baik sgt,ade yg malu2 meow,ade yg tindkn nya mbuat kite sllu ttnya ape pndirian die sbb xtetp die punye sikp,dan lain2..byk sgt kn..
apepun ragam nye,kite kne bfikir n bijak btindak..jgn tburu2 nk mbuat kputusan krna itu mmpu mpgruhi tindkn dan emosi kita selepas itu..




mesti ade hikmah tsembunyi drpd semua ni kan..bg saya,cuba fikir kalau kt dunia ni,ada manusia yg sikapnya satu jenis je,iaitu baik..mesti boring thp gbn kn...huhu..kn cantik ciptaan allah tu..subhanallah...
hebat kan allah..
hehe..td jumpa seorg adik perempuan kt koop,die petah sgt bckp..geram..tanye2 die,die ckp die darjah 2..mmg care die ckp tu mcm form 1.klo den mase darjah 2 tu,klo org tnya soalan,mnangis kot jwpnnya..haha...cerdik + comel...die ckp name smrnnya puteri..saya try testing die bilang 1-10..die bilang laju,pastu die mberi kterujaan kpdku utk terus bbual dgn adik manis ni dgn bilang 1-10 dlm bhsa mandarin..saya pun kbetulan pnh bljr mandarin satu sem..so ambil ksemptn ni nk testing adik ni..

saya:ni jiao shenme? fhm x?
adik:(mgeleng)baba saya ajar yg no je..

huhu..itula..serba sikit nk sharing dgn kisah adik td...

hope dpt ambil mane2 yg bfaedh taw..
sekian saja...aslmlkum..

Thursday, September 12, 2013

Fall in LOVE....HMMM..


Jatuh cinta.
Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.

Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah proses dakwah dan tarbiyah yang berjalan. Proses ini memberikan kesedaran, membuatkan saya faham bahawa cinta itu bukan yang utama di dalam kehidupan. Ada yang lebih utama.

Hari ini, begitu juga dengan hari-hari semalam, dan tidak saya terkejut jika hari-hari ke hadapan, remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta. Asyik. Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang didambakan. Kadangkala sibuk kita dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman, buat diri sibuk bertanya: “Diakah jodoh aku? Diakah jodoh aku?” Hingga segala kebetulan seakabn-akan merupakan ‘petanda daripada Tuhan’.

Ini melemahkan.

Dan saya menyeru pemuda dan pemudi, dari lohong ini, diri itu dikeluarkan.


Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.


Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan kanan mereka kala proses pendewasaan.

Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.

Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.

Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta, menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.

Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.

Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.

Ini melemahkan.



Memahalkan Diri.

Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.

Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.

Berapa banyak buku telah kita telaah?

Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?

Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?

Apakah kita ini cakna isu semasa?

Pandaikah kita menguruskan wang?

Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?

Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?

Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?

Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? – terlebih dahulu.

Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”

Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah cinta.

Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana.

Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?

Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?



Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.

Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.

Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!


Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:

“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.

Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.

Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.

Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.

Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.



Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.

Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.

Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.

Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.

Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.

Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.

Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.

Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.

Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.

Marilah, mahalkan diri kita.

C.P:LANGITILAHI

Tuesday, February 26, 2013

Seindah hiasan dunia





Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati...



Source: http://www.lagubestbest.com/2012/02/muslimah-nazrey-johani-nasyid-lirik.html#ixzz2M02FgDuP

Friday, February 22, 2013

pengurusan masa sebagai musafir kehidupan..

assalamualaikum w.b.t..
apa habaq semua,sehat x?
hrp2 sume sehat walafiat..
dah lame sgt x update blog ku yg cumil lg cute ni...perasan nyew...



ohh jari2ku,menarilah....serancak2nya..

akhir2 ni,dilanda kesibukn yg bmacam2 dgn nk hntr asgment yg kdg2 dtg secara ttbe...hehe...tup2 ade..
dgn plbgai progrm bwh um n maj,antare progrm maj klik,olamo,mps n mkba n tasmik hadis ngn ust mahyudin..yg mybbkn hidup tpkse tkejar sane sini...huhu..kdg2 smpai marathon pegi kuliah..hebt x saye..hehe...kdg2 msuk kls lewt,sume org pndg semcm,mcm saye pnh kill org..hahaha tp saye wat lek je..nk wat cmne bukn sgje huhu...saya nk je tanya (ape pndg2 xpnh tgk org ke..) atau (cute sgt ke saye ni sampai xbkelip pndg saye)..haha..tp xttnye kerana ksemputan yg kualami krna tlh blari hampir 50 meter..jauh kot...dr asrama ladies..
di sepnjg pjalann tu,sume org saye potong,kdg2 smpai nk tlnggar dak2 len...tangga bgunn kuliah skip 2..huhu..
mnfaatkn ap yg allah bg..alhmdulillah..
sbb den mmg suke marathon atau kt sek pnggil mrentas desa..xdela desa sgt yg direntas..nme rentas desa sejk den sek rendah lg..den la pulk..roomate negori kot..
itu cter pjlnn den,..xramai yg tahu..
tp dkt umkl,da xleh lewt n mnjakn diri cmni knela shark...huhu...masih blum blh bygkn...kesedihan pun btimbun2 dtg serentak..yg plg sedih ade 3 minggu je lg di apiumnp bsame asatizah yg baik sgt2,kwn2 maj 6 yg spoting sgt n semua yg dtg kt sini..i love it..syg ssgt nk tingglkn tmpt ni walaupn sejm je dr rumhku..blh je dtg bble,tp nikmt sbg pljr kt sini xdpt dirasai lg...hnya memori yg tinggl..yg pasti,saye xkn melupakan mereka sume...sbb saye sgt2 syg mereka semua..hnya allah je yg tahu...ksedihn btmbh lg pbila klh mse dbt finl maj 6 vs maj 1...ingt nk bg hadiah kmngn kali terakhir kpd maj tp xbksmpaian..maafkn ku,shbt..su da cuba sedaya upaya su tuk myatakn maj 6 buknla maj yg plg xpndai atau ape2 yg dikatekn ssetgh org...wlaucmnepn,maj 6 is the best and we are the best leader...

naaudd..
skrg ni study week for fin exm sem 4..pg td handle bengkel pgucpn awam..alhmdulillah bjln lancaq..
ptg n td da rehtkn diri dgn bpindh ke alam lain...


best jgk..hehe...so walau cmne sibuk pn,kite kne mgurus ksibukn diri kite...inilah pndgn ulama tkenal mustafa masyhur..byk buku2 yg tlh diterbitkan..nnti pkat beli pkai baucar 250 tu ye..





Pengurusan diri hendaklah dibuat dengan rapi dan teratur sama ada di rumah atau kolej/universiti. Tempat tidur dan tempat belajar sentiasa dalam keadaan kemas dan tersusun rapi selepas digunakan. Pakaian, buku-buku dan nota-nota kuliah sentiasa teratur supaya mudah untuk dicari apabila diperlukan.

a. Kebersihan Diri

Pelajar muslim mestilah sentiasa membersihkan diri sama ada dari segi zahir mahupun batin. Kebersihan batin yang dimaksudkan ialah kebersihan hati, ia mesti diberikan keutamaan. Ia mesti dibersihkan dari sifat-sifat terkeji seperti riak, ujub, takabbur, dendam, hasad,dengki dan lain-lain sifat yang dimurkai oleh Allah.


Pelajar muslim contoh bertanggungjawab untuk memenuhkan hatinya dengan sifat-sifat yang terpuji seperti taqwa, ikhlas, tawadhu’, belas kasihan dan lain-lain sifat terpuji. Seterusnya pelajar muslim mesti menjaga kebersihan fizikal tubuh badannya dan persekitarannya seperti tempat tidur dan meja tulisnya.




b. Pengurusan Masa

Pengurusan dan pembahagian masa hendaklah dibuat dengan baik. Agihan masa belajar, ulangkaji, rehat, riadah, ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dibuat dengan dengan cermat dan menasabah serta berdisiplin dalam mematuhi kepada agihan yang telah dibuat. Elakkan diri dari meninggalkan atau membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak bermenafaat bagi seorang pelajar.

Strategi dan teknik belajar yang berkesan hendaklah dilakukan dari awal semester lagi. Belajar pada saat akhir hendaklah dielakkan oleh seorang pelajar muslim contoh. Pelajar muslim mengulangkaji secara konsisten dan sederhana sepanjang semester pengajiannya.


c. Memilih Kawan (Sahabat) Rapat

Pelajar Muslim hendaklah pandai memilih kawan (sahabat) karib dari kalangan kawan- kawannya. Kawan-kawan hendaklah kawan-kawan yang soleh dan mengelakkan diri dari berkawan pemuda-pemuda yang jahat. Perhubungan dengan kawan-kawan hendaklah sederhana dan dapat dikawal supaya tidak mengambil (mencuri) masa mengulangkaji pelajaran.




d. Bijak Memilih Bacaan Ringan

Bijak memilih bahan bacaan ringan bagi tujuan merehatkan minda. Bahan bacaan yang pilih mestilah berfaedah dan dapat menyihatkan akal dan jiwa serta bersih dari noda dan dosa.





oleh itu..jgn lupa amlkn nmpk simple tp bnde mcmnila kdg2 myybkn kite stres..cthnya memilih kwn...pilihla kwan di saat sush seng die ade..tika kter ade mslh die tengkn bg smgt lg...mcm den..hehe takdela..just make a joke ..haha..gelakla..
ok tata...nnti kte jumpa lg dgn pgisian yg mnarik..
dr suria ..daa..


Rujukan: Mustafa Masyhur, Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Al Qudwah 'Ala Tariq Al Da'wah)