Wednesday, May 13, 2015

Bismillahirahmanirahim..

Lama sungguh tak menjengah blog yang kusangat sayang ni..hikhik..hampir lupa ada blog..
Biasalah tugas seorang mahasiswi universiti..assigment,test,presentation,program indoor outdoor..
Kalau sibuk jadi macam takde mood nak menulis..ni sekarang walaupun masih ada assigment belum submit tapi mood malam ni mood menulis..so dengan sendiri jari2 menari atas keyboard warrior ni..haha..
Nak luahkan perasaan lah kat entri kali ini..
Jangan gelak ye,saya cuba nak jadi seorang yang sangat berpuitis..

.......


Sungguh wanita solehah itu tiada nilai yang dapat dibandingkan,
Bahkan disifatkan lebih indah dari Bidadari Syurga,
Siapalah aku untuk digelarkan dengan gelaran Wanita Solehah,
Penuh dengan keaiban dan kecelaan,
Namun tidak salah untukku mencuba melalui laluan itu perlahan-lahan,
Akhir-akhir ini diriku teruji lagi,
Sangat memedihkan kalbuku,
Beberapa kali menitis air mata,
Perit! Pedih! sangat2..
Fikiranku bercelaru memikirkan suatu perkara yang baru bagiku,
Aku tak mampu menerima hakikat seperti itu,
Sehingga sekarang hatiku masih menolak,
Aku benci..
SUMPAH! AKU BENCI..
Bila diingat balik,
Hatiku akan menangis tanpa henti,
Bukan aku menangis kerana aku melayani emosi,
Tapi semua itu kerna kutakut azab dariNYA,
Aku merasakan sangat teraniaya diperlakukan seperti itu,
Aku malu! Aku malu! Aku malu!
Beberapa kali aku mengelakkan hatiku terkena bahana maksiat seperti itu,
Kerana perkara itu berlaku di luar kotak pemikiranku,
Sungguh tiada maaf bagimu,
Tapi aku lembutkan hatiku untuk cuba melupakan hal itu dan memaafkan,
Aku cuba meluahkan kepada sahabat rapatku,
Alhamdulillah sedikit mengurangkan beban yang kutanggung,

Kadang aku terfikir,
Apakah aku yang terlalu kuno,
Sehingga menganggap perkara seperti ini suatu maksiat yang wajib untuk aku elakkan,
Namun melihat orang lain melakukannya tanpa segan silu,
Tidak sesekali aku mengatakan iman aku lebih tinggi daripada mereka,
Namun beginilah aku,
Ini aku,
Wanita yang berasal dari sebuah desa,
Dibesarkan di dalam keluarga yang mengambil berat tentang agama,
Ayahanda dan Bondaku mendidikku dengan agama,
Bersekolah di sekolah agama,
Banyak perkara yang mengejutkanku ketika berada di ibu kota ini,
Namun,tidak sampai pada tahap culture shock,
Sesekali aku sedih melihat apa yang mereka perlakukan,
Sangat berisiko dengan kewujudan maksiat yang pasti terang lagi nyata,
Ya Allah,
Aku sangat takut,
Kuatkanlah hatiku berdepan dunia yang banyak sangat mainan maksiat ini,
Dosa sudah dianggap pilihan,
Mengapa memilih yang berisiko dosa sekiranya dapat dielakkan,
Fikirkanlah..Renungilah


~Al faqirah..


No comments:

Post a Comment